PERHATIAN :
Trip ni sesuai untuk student yang rasa nak jalan-jalan dengan kawan tapi tak tau nak gi mana dan duit tak banyak.
DAY 1
Oleh kerana kitorang sampai dah petang, kitorang terus pergi Jonker Walk, nak makan masakan tradisi baba nyonya. Kat sana banyak restoran baba nyonya. Korang kena pandai pilih yang mana murah dan tak sediakan pork atau lard.
Kat sini kitorang pergi Siew Tin's Nyonya Kitchen. Harga dia berpatutan and masakan dia sedap. We tried ayam pongteh, buah keluak & kangkung belacan.
Kitorang siap dapat free dessert. The best sagu gula melaka ever!!
Total = RM70 (sorang RM14)
Trip ni sesuai untuk student yang rasa nak jalan-jalan dengan kawan tapi tak tau nak gi mana dan duit tak banyak.
Untuk trip ni aku tak kira kos tambang bas, duit minyak dan sewa homestay. Aku kira kos kat Melaka selama 3 hari 2 malam je. Sambil aku cerita itinerary sambil aku cerita kos, duit makan, duit tiket dan sebagainya okay!
Kos homestay 3h2m : RM248.38 (bahagi 5 org) = RM50
Kos tiket bas pergi balik : RM15 x 2 = RM30
Kos duit minyak kereta : RM10
Oleh kerana kitorang sampai dah petang, kitorang terus pergi Jonker Walk, nak makan masakan tradisi baba nyonya. Kat sana banyak restoran baba nyonya. Korang kena pandai pilih yang mana murah dan tak sediakan pork atau lard.
Kat sini kitorang pergi Siew Tin's Nyonya Kitchen. Harga dia berpatutan and masakan dia sedap. We tried ayam pongteh, buah keluak & kangkung belacan.
Kitorang siap dapat free dessert. The best sagu gula melaka ever!!
Total = RM70 (sorang RM14)
Lepastu kitorang jalan-jalan kat Jonker Walk sampai dekat maghrib. View bangunan-bangunan lama ni memang cantik and boleh kata every spot is an #OOTD spot.
Malam tu kitorang tak jalan mana-mana. Aku tapau nasi goreng tomyam = RM6.50
DAY 2
Pagi esoknya kitorang gerak sarapan kat Roti Canai Kayu Arang, Kampung Bakar Batu. Boleh waze location. Roti dia lembut gila and kuah dia pun sedap. Paling best sambal dia pedassssss. Yang viral kat sini Roti Dol. Roti canai dengan kuah banjir pastu dua biji telur separuh masak atas tu tabur lada sulah. Perghhhh
Aku order roti telur goyang & teh tarik = RM4.50
Roti telur goyang.
Roti Dol
Next, kitorang ziarah masjid, visit temple and tokong. Free je weh!
Yang best ziarah masjid ni kita boleh belajar sejarah dan boleh teliti reka bentuk masjid yang masih cantik walau dah beratus tahun.
Masjid Tengkera
Masjid Kampung Kling
Yang best kat Masjid Kampung Kling ni kitorang jumpa volunteer masjid. Uncle Daniel Wong. Dia ni mualaf baru peluk islam tapi dah pandai berdakwah. Tutur kata dia lembut dan sopan je. Dia cerita sejarah reka bentuk masjid ni, layan soalan-soalan kitorang. And masa dia ajak kitorang bergambar sambil tunjuk nombor satu, sebab Allah tu satu. Masya-Allah, terima kasih uncle.
Next stop! Masjid Kampung Ulu.
Sorry takde gambar proper. Masuk masjid je ada pakcik ni berbual dengan kitorang. Sambil dia ambil air kolah masjid sambil dia cerita tempat-tempat best kat sini.
Masjid Kampung Ulu
Kalau korang datang Melaka singgah la kat Jalan Harmoni. Kat situ boleh tengok ada tiga tempat ibadat berlainan agama tapi masya-allah masyarakat dia boleh duduk sama-sama dengan aman.
Ni kat depan Sri Poyyatha Vinayaga Moorthy temple. Ini kuil tertua kat Malaysia okay!
Sri Poyyatha Vinayaga Moorthy temple.
Yang ni pulak tokong Cheng Hoon Teng. antara tokong tertua kat Malaysia.
Reka bentuk bangunan nya cantik sangat. Teliti sangat setiap seni ukiran nya.
Places that worth to visit.
Tengah-tengah jalan kat situ, hujan pulak. Maka kitorang lari ke Batu Berendam, food hunting.
Y'all boleh waze Kuih Keria Gula Melaka Batu Berendam. Kuih Keria dia sedap, rangup diluar tapi lembut di dalam. Sedapppppp sangat!
Kuih Keria Gula Melaka 10 biji = RM6
Ni kuih keria dia! Seksi kan. :)
Lepastu beberapa km dari situ ada Mango Float Royale Melaka. Boleh try waze Mango Float Royale Melaka, Kampung Sungai Putat, Batu Berendam. Dia berhadapan dengan kubur cina, betul-betul kat pintu gerbang Kampung Sungai Putat.
Sedap sangat weh. Wajib try kalau datang Melaka!
Cawan dia besar so kitorang beli 2 cawan kongsi 5 orang sebab masatu kenyang lagi. Nak merasa jugak air Mango Float ni so sorang = RM2
Harga biasa satu cawan RM6
Mango Foat Royale Melaka
Next stop kita pergi Klebang! View lawa yang jadi tempat wajib nak photoshoot dengan kengkawan. Nah hasil bergambaq kat Klebang.
memandangkan aku la photographer nya, takde lah gambar aku. :(
Ehhhhhh lepastu cuacanya okay pulak. Kitorang pergi balik Bandar Hilir, sebab tadi tak sempat nak pergi Stadthuys & Mamee Jonker House. Wajib la kan dah kat Melaka singgah Stadthuys
Stadthuys.
Kat sini aku belanja biskut mamee & belon tiup guna straw tu.
Total RM10.50
Lepastu kitorang gi Medan Samudera alahh depan Muzium Samudera yang bentuk kapal tu. Gambar takde la pulak. Saje beli souvenier sikit. Aku beli air gula melaka dengan belacan bakar, total RM14
Pastu otw balik homestay tu, pergi Speedmart. Beli bawang, cili, sardin and megi kari. Sebab homestay kitorang stay tu ada dapur tauu cantik sangat. Masing-masing geram nak tunjuk skill bersilat kat dapur ehehe
sorang kena RM4.40
*chefkiss dua kali*
Kalau korang perlukan homestay nak tinggal boleh cuba kat tempat kitorang tinggal ni, kat Atlantis Residence, Melaka. RM79 je satu malam. Sesuai untuk 4-5 orang tetamu. Interior dia cantik, wi-fi laju, ada android box, katil empuk dan bersih suci ada swimming pool and paling-paling best boleh masak.
ni link dia http://bit.ly/2LLcStz
view dari viewing deck tingkat 25.
Dugong malam jpg. kekeke
DAY 3
Gerak jam 9:00am. Dalam cuaca hujan pekena nasi lemak panas & kopi O kat Kampung Pengkalan Rama. Masya-Allah sambal nasi lemak dia. Kitorang tambah sambal lagi wehhh
*chefkiss lagi* hahah!
Nasi Lemak Kampung Pengkalan Rama
nasi lemak & kopi O = RM4.50
Next stop, kitorang pergi Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Kalau pakai waze memang terpusing pusing cari jalan masuk. Nak senang korang parking kat area Stadtuys, jalan sikit ke A'Famosa. Muzium dia sebelah je dengan A'Famosa. Tiket masuk dewasa RM5, OKU percuma.
Muzium Kesultanan Melayu Melaka
aku beli gambar ni RM10 jadi kenangan dengan kawan-kawan. siap mintak masing-masing tulis nota and sign sikit! yang tarikh tu aku salah tulis .........
Last stop, A'Famosa!
Masa ni sebenarnya dah pukul 12. Panas.Kitorang stop bergambar je. Tak larat nak daki tangga atas tu. Bagi aku la nak jalan kaki around Melaka ni sama ada pagi atau petang. Cuaca tak panas terik, selesa je nak berjalan. So, better plan your own trip wisely oke!
A'Famosa
Dan tu jelah trip ni. Pukul 2 masing-masing dah gerak balik, bas aku pulak pukul 3:15pm. Anyways, trip ni padat dengan aktiviti berjalan dan makan-makan.
Total 3 hari 2 malam cuma RM81.40
kalau campur duit sewa homestay, tiket bas dan duit minyak jadi RM171.40 sahaja
okay lah kan? Bagi aku yang festaim berjalan dengan kawan-kawan ni, trip ni best dan tak consume banyak sangat duit. (maklumlah student.)
Till next trip Ainul, Amni, Mazni & Nina !
Assalamualaikum.















Amazing trip!
BalasPadam❤❤ see you next trip!
PadamGiler kentangss
BalasPadam